Cara Berjaya Tanpa Modal

Episod 13 – Cara Berjaya Tanpa Modal

subscribe_on_itunes_badge SubscribeOnAndroid

Dalam podcast kali ini, saya menemuramah salah Irwan, salah seorang peserta program MB2000.

Beliau bermula dari ZERO tapi hanya lebih kurang 1 tahun kemudian, bisnes beliau begitu rancak hinggakan sudah ada team sendiri dan bakal buka office baru.

Beliau juga bakal ‘memecat boss-nya’

Ini email beliau kepada saya:

Saya nak ucapkan banyak2 terima kasih pada Tuan Faisal dan tim sebab perkenalkan saya dgn MB2000.

Saya subcribe MB2000 tahun 2014 kalau tak silap, hujung tahun macam tu.

Masa mula-mula saya praktikkan apa yang tuan cakap dalam MB2000 utk Validate idea bisnes, saya hampir nak give up. Sebabnya dah 4-5 idea bisnes saya try Validate, tapi satu pun tak bagi respon yang bagus.

Tapi saya tetap cuba Validate idea bisnes yang seterusnya, yang ke-6 kalau tak silap. Alhamdulillah, berkat usaha dan tak putus asa Allah lorongkan saya rezeki yg tak pernah saya sangka. Walaupun belum ada produk dekat tangan saya masa tu, dah banyak order masuk, dah ramai yang bank in. Tu la starting point saya dalam bisnes.

Sampai sekarang, dah setahun setengah saya jual produk saya ni. InsyaAllah bulan 8 nnti saya akan start serius dengan bisnes saya. Saya dah start hire full time sales team, office pun dah sewa. InsyaAllah bulan 8 nanti kami akan start operation.

InsyaAllah saya pun akan resign tahun ni sebab saya nak focus develop bisnes saya. Walapun kapasiti masih kecil, insyaAllah saya beranikan diri untuk focus develop bisnes saya ni supaya dapat generate lebih tinggi revenue dan hire lebih ramai staff. Doakan saya tuan!

Pape pun, MB2000 memang terbaik! Dan sangat sesuai untuk orang macam saya yang bekerja tapi ada impian nak bina bisnes sendiri. Terima kasih banyak tuan Faisal!

Tinggalkan pendapat atau komen