mingguan-wanita-tapai

Panduan Berniaga Tapai Di Majalah Mingguan Wanita

mingguan-wanita-tapaiTerima kasih majalah Mingguan Wanita kerana sekali lagi memberi ruang dan peluang.

Artikel yang saya tulis ini, bertajuk Panduan Berniaga Tapai. Namun, jika difahamkan konsepnya, ia juga boleh diguna pakai untuk apa saja perniagaan lain.

Sedikit cebisan dari artikel:

“Setiap permulaan bermula dengan gambaran pengakhiran. Justeru, pengusaha perlu memikirkan apa yang mahu dicapai daripada perniagaan tapai ini?

Peniaga perlu jelas, adakah dia mahu sebuah gerai di tepi jalan? Atau mahu 10 buah gerai tapai? Atau mahu jadi pembekal kepada katering? Tiada betul atau salah pada target ini. Yang penting, ia target yang telah ditetapkan dan akan terus diperjuangkan”

Cara menjual pula seratus peratus bergantung pada matlamat yang telah ditetapkan pada awal perniagaan. Jika mahu jadi pengusaha gerai, maka cara jualannya adalah mengenalpasti gerai-gerai kuih atau nasi lemak di sekeliling tempatnya. Letakkan tapai di situ secara ‘consignment’.

Jika mahu jadi pembekal pada katering, maka perlu mencari pengusaha katering. Peniaga perlu ada strategi bagaimana mahu menghubungi mereka, dan mendapatkan persetujuan daripada mereka untuk mendapatkan bekalan tapai kepada pelanggan-pelanggan mereka”

Jika memerlukan seorang mentor bisnes, boleh dapatkan info mengenai Mentorship MB2000 di sini.

 

Tinggalkan pendapat atau komen