Gambar Mengejut: Saya diraba Julia Roberts!

Nampak tak tangan Julia sedang meraba saya??!?!

Hehehe, jangan la marah. Ini bukan Julia Roberts yang sebenarnya….tapi cuma patung lilinnya saja.

TAPI! Walaupun ia cuma patung lilin….

Bagaimana Patung Lilin Tak Bernyawa Ini Boleh
Menjana Jutaan Wang Tiap-Tiap Bulan?

Maddam Tussauds – inilah nama bagi museum patung-patung lilin bagi artis terkenal dan selebriti lain.

Waktu saya di sana, orang beratur sangat panjang dan bayar lebih dari RM100 seorang, hanya untuk melihat patung-patung lilin yang tak bernyawa tu. Pelik sungguh.

Tapi adakah mereka beratur untuk melihat patung lilin semata-mata?

Tidak sama sekali.

Mereka hanya ingin bergambar dengan selebriti tersebut dengan satu tujuan:

– supaya kawan-kawan mereka JELOUS!


Cuba anda fikir, betapa GENIUS pemasaran Maddam Tussaud.

Mereka hanya buat patung lilin selebriti sekali sahaja, tapi ribuan pelancong beratur menghulurkan duit tiap-tiap hari. Maddam Tussaud faham emosi dan psikologi pelancong yang datang dari merata dunia:

1. Mereka ada duit untuk berbelanja

2. Mereka sentiasa ada kamera

3. Mereka mahu ambil gambar untuk ditunjukkan pada keluarga dan kawan dan

berbangga denga tempat-tempat yang mereka dah pergi

4. Mereka mahu keluarga dan rakan mereka jelous!!!

Jadi apa cara paling bagus supaya gambar paling unik dan ekslusif boleh didapati oleh pelancong?

Gambar dengan selebriti hollywood lah!

Kepentingan Memahami Psikologi Pembeli

Maddam Tussauds telah berjaya menyelami psikologi pelancong. Bukan psikologi manusia, tapi psikologi pelancong – yang sangat khusus..

Dengan gabungan profile pelanggan (atau customer avatar) ini dengan teknik pemasaran khusus di dalam Facebook…ribuan ringgit di jana.

Jika Anda Gagal Kenal Customer, Anda Akan Susah Cari Makan, Terutamanya Secara Online

Teknik membina customer avatar ni akan diajar nanti di dalam Video Cara Tulis Iklan Power

Pastikan anda memahami pelanggan untuk bukan saja memudahkan jualan, tapi membuatkan pelanggan anda suka berurusniaga dengan anda.

Tinggalkan pendapat atau komen

  • ikhwan fahmi

    dapat pasif income setelah sekian lama membina muzium ini.

    • Faisal Abdullah

      tu lah. syok kan?

  • Syoknya dapat pasif income dgn hanya menunggu pelanggan saja yg datang.

  • Cikgu Masrizal Mohd Zin

    best lah dpt income pasif http://inspiber.com/FAIRLINE

  • Fatin Asri

    untung lah

  • aisha

    Maklumat yg padat…deep understanding

  • ina

    Terbaik…