cara buat 30k dalam 3 bulan

Cara Buat RM30,000 Dalam 3 Bulan Tanpa Modal

Baru2 ni, ahli Mentorship MB2000 Adham Redzuan bertanya:

“Nak tanya,cmne nk dapatkan 30k (bersih) dalam mase 5bulan dengan modal hidup mati bawah rm200?? Tanpa berhutang.

Harap otai2 tolong bagi pendapat dan xkedekut dgn idea y korang ade. Ahli group nie lebih 7k,dapat 7 idea pun ase syukur sgt”

Pertama sekali, kalau kita meminta dengan orang, jangan lah pula kita anggap orang tu kedekut. Cukup la sekadar kita minta “tolong bagi pendapat”. Tak perlu la tambah “harap tak kedekut”.

Tapi takpa. Itu hal kecil.

Kedua.. ini jawapan saya.

Sy akan bagi satu jalan.

Tapi dari 1 jalan ini bukan sekadar boleh dapat 7 idea, malah 70 idea pun boleh.

Pertama, plan dan pecahkan.

RM30,000 dalam 5 bulan.

Kena buat berapa dalam sebulan?

RM30K / 5 = RM6000

Ok, so kita kena buat RM6000 setiap bulan.

Kedua,

Camna nak buat 6000 sebulan?

Jawapannya:

Cari 1 orang yang boleh bayar kita RM6,000

(apa nilai pada tuan yang bernilai lebih pd 6,000?)

atau

Cari 2 orang yang boleh bayar kita RM3000

(apa nilai pada tuan yang bernilai lebih pd 3,000?)

atau

Cari 3 orang yang boleh bayar kita RM2000

(apa nilai pada tuan yang bernilai lebih pd 2,000?)

atau

Cari 120 orang yang boleh bayar kita RM50

(apa nilai pada tuan yang bernilai lebih pd 50?)

Yang mana satu nak buat?

Yang mana satu mudah?

Tuan pilih lah sendiri.

Contoh,

Katakan kita pilih nak cari 3 orang yang boleh bayar kita RM2,000.


Apa yang bernilai RM2,000 pada orang?

Mungkin ada orang sanggup bayar RM2,000 utk sebuah website?

Tuan cari pelanggan, dan tuan cari orang yang boleh buatkan website – dah boleh jadi bisnes.

Mungkin ada orang sanggup bayar RM2,000 utk menjual rumah condonya yang sudah 5 tahun tak terjual.

Tuan cari buyer, padankan dengan seller dan dapatkan komisyen RM2000.

Mungkin ada orang sanggup bayar RM2,000 untuk mengubati sakit belakangnya yang dah 5 tahun beliau dalam keperitan.

Cari doktor bertauliah yang terbukti, padankan dengan pesakit tersebut, dan minta komisyen.

Semua idea di atas ni tak memerlukan modal satu sen pun.

Apa yang tuan pilih, bergantung pada minat, pengalaman, network, kawan2 yang tuan ada. Pilih yang paling senang tuan nak buat bagi diri tuan sendiri.


Setiap idea kita, perlu kita uji atau validate dalam masa 48 jam untuk buat keputusan apakah yang paling laris, dan yang manakah paling sesuai dengan jiwa kita.

Kita juga perlu tahu ilmu mencari pelanggan, mempengaruhi pelanggan untuk membeli, dan menambah pelanggan baru.

Ilmu-ilmu ini akan disampaikan dalam Formula MB2000 (Home Study Kit).
Formula MB2000 mempunyai strategi pemasaran tanpa kos tetapi impak tinggi.

Tinggalkan pendapat atau komen