4 Sebab Kenapa Orang Tak Membeli Dari Kita

Adakah anda tahu…?
Sebenarnya ada 4 sebab saja kenapa orang tak membeli dari kita.

Dan  alasan-alasan seperti…

“Saya nak fikir dulu”

atau

“Saya nak tanya suami dulu”

bukan salah satu dari sebab tersebut!

Biasanya, ini cuma ayat-ayat yang orang bagi untuk ‘melepaskan diri’ mereka dari anda. Mereka tak berani nak sebut “sebab sebenar” mereka tak mahu membeli.

Tapi bayangkan kalau anda dapat tahu apa sebab sebenar mereka. Bukankah anda boleh melonjakkan jualan jauh lebih tinggi berbanding sekarang?

Mahukah saya tunjukkan 4 sebab sebenar prospek tak membeli?

Mahu?
Bagus! Baca selanjutnya…

Kalau sales anda tengah slow… atau anda tak sure kenapa orang taknak beli…

… ini adalah 4 Sebab Kenapa Orang Tak Membeli Dari Kita:-

Sebab 1: Mereka Tak Minat

Akan ada sebilangan besar orang yang memang tak minat dengan apa yang kita tawarkan.

Nak buat macamana, kan?

Setengah orang suka makan durian.
Setengah orang BENCI dengan durian.

Takkan kita nak orang yang benci durian untuk beli durian kita seguni betul tak?

Dalam kes macam ni, kemungkinan besar, kita akan banyak bazirkan masa mempengaruhi orang yang tak berminat.

Cadangan saya. Lupakan saja.

Next person please!

Sebab Kedua: Mereka Tak Cukup Duit

Ada setengah orang memang minat dengan produk kita. Tapi mereka belum bersedia dari segi duit.

Mereka mungkin ada benda penting nak digunakan dulu dengan duit mereka.

Tapi tak semestinya mereka tak beli sekarang, bermaksud mereka takkan beli sampai bila-bila!

Lambat laun mereka akan beli juga.
Persoalannya…adakah dari kita, atau dari orang lain?

Sekiranya kita tak follow-up mereka, dan sentiasa berkomunikasi dengan mereka secara konsisten, mereka akan lupakan kita.

Lupa, adalah sebab nombor satu orang tidak berurusan dengan kita, setelah mereka kenal kita.

Bagaimana cara anda follow-up prospek anda?

Sebab 3: Mereka Tak Percaya Pada Produk Kita

Ini biasanya berlaku bila kita yang tak pandai terangkan kelebihan produk kita.

Kesilapan di sini terletak pada kita.

Samada kita tersilap pilih produk yang tak berkualiti.

Atau mungkin produk kita berkualiti.
Cuma kita yang tak pandai nak ceritakan kualitinya pada orang supaya mereka benar-benar faham.

Terdapat teknik-teknik cara buat “presentation” atau mempersembahkan produk dengan baik, agar prospek benar-benar yakin dengan produk kita.

Dan ada juga teknik untuk menjelaskan keunikan produk kita, yang sukar prospek nak dapati pada pilihan-pilihan yang lain.

Sejauh mana anda melatih diri anda untuk buat “presentation” produk dengan baik?

Tahukah anda cara kenalpasti keunikan produk dan bisnes anda?

Apa teknik marketing dan copywriting untuk menyebarkan maklumat penting ini kepada seramai orang yang mungkin?

Ini sesuatu yang kami tekankan dan kongsi dalam Seminar MB2000 yang sudah dipelajari lebih 8000+ usahawan baru dan lama.

Sebab Keempat: Mereka Tak Percaya Produk Kita Sesuai Untuk Mereka

 

(tak percaya pada diri mereka sendiri)
Heh he.
Macam tak percaya je kan? Tapi ada juga sesetengah orang akan fikir..

“Kalau aku beli ni, betul ke aku pakai?”

atau..

“Hmm, produk ni mungkin sesuai untuk orang lain, tapi rasanya macam tak sesuai dengan aku”

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu memahami keperluan pelanggan, dan bukan sekadar pandai “menjual produk” saja.

Semua orang ada masalah tertentu, keinginan tertentu dan citarasa tertentu.

Sekiranya anda boleh membuatkan yang produk kita berpadanan dengan citarasa orang tersebut, ini akan membuatkan mereka rasa produk kita sesuai dengan mereka.

Sebab itu, masa kita buat pemasaran, ia mesti pemasaran yang khusus.

Bukan pemasaran secara am.
Ramai orang silap buat pemasaran secara am.

Contohnya, orang yang jual produk kesihatan.

Mereka banyak terpekik terlolong yang produk mereka boleh selesaikan semua jenis penyakit dari huruf A sampai lah huruf Z.

Tapi cuba kita lihat syarikat kesihatan yang antara paling besar di dunia.

Iaitu Glaxo Smith Kline (GSK).

Mereka tak mengeluarkan satu “Panadol” untuk semua jenis penyakit.

Mereka keluarkan Panadol Active-Fast, bagi siapa yang nak kelegaan pantas untuk migratin.

Mereka keluarkan Panadol biasa, untuk demam-demam.

Mereka ada Panadol Soluble untuk demam + selsema.

Mereka ada Panadol Menstrual utk kaum wanita yang tengah sakit kat area, …. errrrr…. area tu lah.

Mereka khususkan produk mereka untuk membolehkan pelanggan mereka rasa “ada produk yang sesuai bagi mereka”.

Saya harap, penulisan ini membantu anda dapatkan beberapa idea dan pelan tindakan bagaimana nak betulkan cara anda menjual sekarang.

Saya juga ada satu pengumuman penting.

Jika anda dah lama mencari bisnes, tapi tak jumpa yang sesuai kerana “blur” atau “lost”…

…terutama kalau anda dah lebih beberapa bulan berpusing dalam round-about tanpa henti… dan masih tak jumpa bisnes idaman…

Saya akan bantu anda hentikan kerja gila ni.
Saya akan bantu anda exit round-about tersebut dan menjumpai sebuah bisnes dalam masa 48 jam.

Dan saya jamin apa yang saya ‘claim’ ni.

Saya faham anda samada mungkin belum mampu nak hadir Seminar MB2000.

Mungkin juga jadual anda, atau komitmen anda tak membenarkan anda hadir ke seminar jauh dari kawasan anda.

Sebab itu saya bakal keluarkan panduan baru yang bernama MB2000 XPress.

Coming Soon: MB2000 XPress

Ia jauh lagi murah, dan ia hanya semata-mata fokus untuk membolehkan anda jumpa satu bisnes yang ada pembeli dalam tempoh 48 jam.

Saya tak janji anda jadi kaya.
Saya tak janji anda jadi jutawan dengan MB2000 Xpress.

Saya tak janji anda boleh jana duit konsisten pun!

Tapi saya janji, anda akan lega dari belenggu tak jumpa-jumpa bisnes setelah sekian lama mencari.
Saya janji anda akan jumpa bisnes dalam 48 jam.

Dan saya janji, harganya sangat mampu milik.
Produk baru ini akan saya release dalam minggu ni InsyaAllah.

 

Tinggalkan pendapat atau komen